5 BESTARI 1999
SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG


Kelas 5 Bestari terdiri daripada 24 orang pelajar di mana 16 orang pelajar ialah perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Pelajar-pelajar 5 Bestari duduk dalam Kumpulan dan ini menyebabkan wujudnya 4 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang pelajar bagi setiap kumpulan.


KUMPULAN 1

Kumpulan ini bernama 'Young And Crazy'. Terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. 6 pelajar yang sehati sejiwa - separu-paru ini ialah LIZ, INA, MIA, DK, MAINA dan GEN. Ketua Kumpulan bernama Dg. Siti Alizawaty (LIZ), seorang pengawas sekolah dan merupakan salah seorang 'artis' di SMPO. Rina (INA) dan Hasmiyati (MIA) juga merupakan pengawas sekolah. DK Faralinawati (DK) merupakan salah seorang pelajar yang popular di kelas. Marina Teo (MAINA) merupakan pelajar yang paling banyak bertanya dalam pembelajaran di kelas. Maina mempunyai seorang kembar yang berada di tingkatan 5 Setia. Keegan Alfred (GEN) merupakan satu-satunya pelajar lelaki di kumpulan ini. Gen juga mempunyai seorang kembar yang sedang menuntut di Kelas 5 Dedikasi.


 

KUMPULAN 2

Kumpulan ini tidak dapat disertakan namanya. Ini kerana setiap ahli kumpulan ini terlupa nama kumpulan mereka. Oleh itu, kumpulan mereka hanya dipanggil kumpulan 2. Ahli-ahlinya ialah Rozziefah (ZIE), Tan Su Mee (SUMI), Ivy Emily (IVY), Shirley Jane (SHIRLEY), Abdul Sawin (WIN) dan Clery Gaibin (AIE). Zie merupakan ketua tingkatan dan dibantu pula oleh Sumi yang juga pengawas sekolah. Win juga salah seorang pengawas sekolah dan berkawan rapat dengan Aie. Ivy pula merupakan pelajar terbaik PMR yang mendapat 7A pada tahun 1997 sentiasa bersama dengan Shirley yang juga temannya ketika menuntut di SMK Padang Berempah sebelum berpindah ke SMPO untuk memasuki aliran sains, kerana SMPO merupakan satu-satunya sekolah yang menawarkan aliran tersebut di Sipitang, sehingga menjadi rebutan para pelajar di seluruh Sipitang, Weston dan Beaufort.


KUMPULAN 3

"Amboi Dot Net" merupakan lawan web radio muzik. Namun, ia merupakan nama kumpulan bagi kumpulan 3 yang mana kesemua ahlinya meraikan Hari Raya AidilFitri. Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan. Meraka ialah Asan, Rahim, Pink, Wan, Na, dan Nie. Asanuddin Arapa (ASAN) merupakan ahli yang paling pandai dalan kumpulan ini. Walau bagaimanapun, Asan juga sering ponteng sekolah pada hari-hari tertentu terutama pada hari Jumaat disebabkan oleh perkara yang terpaksa dirahsiakan di sini. Abdul Rahim (RAHIM) pula gemar membuat lawak dan menyanyi ketika pembelajaran sedang dijalankan. Safridzuan (WAN) ialah atlit sekolah dan kerap kali mewakili SMPO ke peringkat Daerah seterusnya Negeri dalam arena Sepak Takraw. Manakala Zaffery (PINK) merupakan pelukis kartun dalam penghasilan Majalah Sekolah iaitu Buletin Bahasa (BB) dan sememangnya melukis merupakan bakat terpendam yang dipendamkannya. Rohana (NA) adalah ahli kabenet Parlimen Mini SMPO iaitu Menteri Koperasi Dan Usahawan. Rohani (NIE) pula ialah Bendari Kelas dan menjawab jawatan tersebut semenjak tahun lalu.


KUMPULAN 4

Kesemua ahli kumpulan ini meyambut perayaan Hari Natal kecuali seorang yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Julina Samuel (JUL) adalah pemain Bola Jaring Sekolah dan juga mewakili sekolah dalam acara tersebut hingga ke peringkat kebangsaan dan Jul ialah pemain pelapis Sabah dalam SUKMA. Stephanie (STEP) pula gemar melukis. Dia juga merupakan salah seorang pelukis kartun dalam BB sekolah. Zeneth (NETH) berasal dari Kg. Kaban iaitu di pedalaman Sipitang. Sering diusik oleh pelajar lelaki di dalam kelas terutama pelajar-pelajar lelaki dari Kumpulam 3. Jessica (SICA) pula adalah anak jati Kg. Samin. Tinggal di asrama sekolah sejak dari tingkatan satu lagi. Donna Litad (THERI) pula merupakan pelajar yang arif dalam bidang bahasa. Seringkali mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Wong Yung Hwa @ Franklyn (WONG) adalah satu-satunya pelajar lelaki di dalam kumpulan ini. Terrer dalam subjek Matematik dan tinggal di Kg. Malalia Sipitang. Kumpulan yang dianggotai oleh Jul, Step, Neth, Sica, Theri dan Wong ini seringkali bertelingkah pendapat dengan kumpulan 3.

 


HOME
SEPATAH KATA
5 BESTARI 1999
BIODATA & ALAMAT PELAJAR
GURU OH GURU!




GALERY
Pelajar Individu
Pelajar Berkumpulan
Guru-guru

(NEW) TERKINI (BARU)
GUESTBOOK

#SIPITANG WEBNET
 

BeSiGn By
Na^rT_rhT